Share Your Thoughts
Knowledge Base Societal Pressure / Others

DUNIA SEDANG BERPERANG DENGAN KITA

Dunia sedang berperang dengan kita.

Kita

Yang seorang diri ini (setepatnya aku bukan kita)

Makhluk mortal yang ada tamat tempoh

Dibenci dunia dan seisinya

Mengapa begitu?

.

Mungkin senarainya panjang

Atau mungkin kita tidak peduli lagi apa puncanya.

Yang pasti

Yang didambakan adalah tidak mahu bersama dunia lagi.

.

Masalah-masalah yang membahang perlahan-lahan

Atau stress yang tiba-tiba jadi meruncing

Menyula kantong nyali langsung terburai kekuatan

Keperibadian kita itu bersepah

Dan semua melihat kita dengan jijik dan hina.

Bermulalah naratif seperti

‘kau lemah’

‘kau hina’

‘kau malas’

‘you can just snap out of it’

‘if you choose to be like this, you’ll be’…

.

Lebih penasaran

Kau yang elok-elok sahaja

Kerjanya baik

Isterinya cantik

Anaknya cerdik

Duitnya ada

Semua bagaikan drama jam tujuh indah belaka

Entah mengapa (barangkali ada cetusan kecil yang kau tak sedari)

Kau juga tiba-tiba terbungkam

Jatuh terjelepok jiwamu

Dan hiba-pilu-kosong itu berkelintar menutup masa hidup depanmu.

.

Bermulalah naratif begini:

‘kau tak bersyukur’

‘Tuhan tidak sayang kamu lagi kerana kamu lupa’

‘semua dah ada, dah cukup, mahu begini juga, mengada-ngadalah kau,’

‘this is just a phase, you get over it’

‘ini buatan orang’

.

Nah…

Jika ini yang berlaku.

Kau tidak salah mengatakan dunia benci dirimu.

Kau tidak salah jika hampir mahu percaya naratif-naratif jahat dan dungu itu.

Kau tidak salah jika percaya jalan keluarnya hanya satu, ..err.. dicabut nyawa sendiri.

.

Namun..

Kau masih boleh memilih.

Untuk dapatkan pertolongan.

Rawatan yang benar dan sahih.

Writer: Dr Zul Azlin Razali

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980176508778642/1676382055824747/?type=3&theater

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.