Share Your Thoughts
Knowledge Base Mental Health

SAKIT JIWA ATAU GANGGUAN JIN

Sebenarnya aku masih keliru.

Suara-suara yang aku dengar itu adakah sebab jiranku menghantar sesuatu

Atau mungkin hanya mainan mindaku

Semakin saya berfikir tentang masalah ini, saya mula membaca tentang sejarah pemikiran manusia berkenaan gangguan jin dan syaitan.

Memang tak dinafikan, sehingga kini ramai yang masih percaya. Bahawa semua gangguan mental dan halusinasi adalah disebabkan oleh gangguan jin.

Maka timbullah bermacam bomoh dan dukun yang cuba untuk menyelesaikan masalah itu

Saya pula terus membaca..

Tiba tiba terjumpa dengan tokoh Islam zaman dahulu bernama Ibnu Sina

Nama orang putehnya Avicenna

Pernah dengar?

Beliau seorang cendiakawan

Cerdik dan pandai

Seorang doktor perubatan

Seorang yang hebat

Mungkin juga ahli nujum

Saya tak pasti

Ibnu sina memang terkenal.

Di dunia Islam mahupun dunia barat.

Buku yang ditulis Ibnu Sina pernah digunakan sebagai buku teks untuk doktor doktor selama beratus tahun!

Hebat kan?

Kalau nak dibandingkan dengan tulisan saya di facebook Laman Minda ni.

Hmmm…

Saya tertarik dengan Ibnu Sina..

Banyak kajian yang telah dibuat, banyak juga penemuan dan pemerhatian beliau..

Saya perasan ada 1 masalah yang masih ada pada waktu beliau hidup…

sehinggalah sekarang masih berleluasa…

-Manusia pada zaman itu menggangap halusinasi dan gangguan mental adalah disebabkan oleh jin dan syaitan..-

…………….

Ibnu sina merupakan antara orang pertama di dunia

Yang menghuraikan bagaimana gangguan gangguan ini bukanlah disebabkan oleh jin dan syaitan

Tetapi adalah disebabkan oleh penyakit otak/mental

Ibnu Sina cuba sedaya upaya untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa tanggapan mereka salah.

Tetapi selang beberapa ratus tahun, kita masih mempunyai masalah tanggapan yang sama.

Malah saya rasa keadaan sekarang ni lebih teruk lagi.

Saya pun musykil.

Siapa yang lebih hebat ilmunya.

Dimana tahap ilmu kita kalau dibandingkan dengan Ibnu Sina?

Sedangkan dia pun berkata masalah mental ni penyakit dan bukan gangguan jin

Kenapa kita masih menghabiskan BERIBU RIBU…

untuk beli kain kuning…

beli paku….

dan ayam panggang itu?

Sebenarnya pergi hospital untuk dapatkan bantuan tidak sukar

Tapi malangnya masyarakat masih memilih untuk ‘berubat’ dengan limau nipis dulu selama bertahun tahun.

.

.

.

.

Barulah nak datang hospital bila pesakit itu dah teruk sangat atau mengamuk..

Hairan bin ajaib.

“Ini bukan cobaan..ini betul-betul”

Saya sedar yang cerita hantu dan jin masih lebih popular dan sensasi berbanding kata-kata Laman Minda.

Mungkin kerana ayat ayat disini memerlukan tenaga sel sel otak untuk bergabung.

Saya doakan sel sel otak tu semua bergabung dan berhubung.

Supaya rakyat lebih arif dan faham.

Saya hanya mencedok ilmu Ibnu Sina sedikit.

Apa-apa pun semua ilmu datang dari sumber yg SATU.

Begitulah juga penyakit..

begitulah juga penawarnya..

Dapatkanlah bantuan.

Datanglah ke jabatan Psikiatri sembang-sembang.

Pintu kami sentiasa terbuka.

Tapi kena ingat…

Doktor2 kami tidak terapung di atas tikar mengkuang.

Kami juga jarang menggunakan buah kelapa untuk sesi rawatan.

Ingatlah…

Berusaha dan berubatlah sungguh sungguh bila ada penyakit.

Jangan sampai syirik. Itu namanya tiket ekspress

Sekian pesanan penaja.

Writer: Dr Al Zilal Abd Wahid

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980229198773373/1672062739590012/?type=3&theater

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.