Share Your Thoughts
Knowledge Base Societal Pressure / Others

DARI GIGI TURUN KE HATI

Baru baru ni aku diserang sakit gigi.

Tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana.

Sememangnya tidak boleh disamakan dgn sakit beranak.

Tapi memang sakit yang amat.

.

Jadi, aku pergi la ke institut teknologi tercanggih di Malaysia untuk jumpa doktor gigi.

Tapi, diberitahu tak boleh jumpa hari ini.

Kena amik appointment dahulu.

.

“Tapi saya sakit gigi hari ini?”

…… Tak boleh juga.

.

“Tapi ada surat rujukan dari doktor mengatakan gigi saya sakit betul betul ni”

……. Tak boleh juga.

.

Lalu aku sakit hati..

.

Pulanglah membawa senyuman sinis sambil menahan sakit gigi..

.

.

.

Pergi pula ke klinik gigi lain.

.

Terus jumpa doktor gigi!

“Wow!!!” bisikku riang, terasa seperti VIP.

“Owh ini bukan masalah gigi encik.

Ni masalah gusi.

Sila balik dan kumur kumur lagi.

Ubat belilah sendiri.”

.

Aku pulang senyum sendiri..

Gigiku masih sakit lagi…

.

Lalu aku sakit hati…

.

.

.

Hari ni aku nekad berjumpa doktor gigi.

Sebenarnya atas paksaan bini.

Sebab ‘badmood’ tiap hari.

Semuanya sebab sakit hati.

Atau mungkin sakit…. gigi?

.

.

.

Akhirnya gigiku dicabut tadi..

.

Sakitnya hati ni.

Mengenangkan seksa yg ditanggung berminggu minggu

Kerana sakit gigi.

.

Rupa-rupanya, beginilah perasaan pesakit yang kesana kemari.

Mencari solusi

Sakitnya mungkin di gigi, tetapi turun ke hati..

.

Kadangkala masalah kesihatan yang lain boleh mengakibatkan gangguan kepada mood dan perasaan kita.

Kadangakala kita tak sedar.

Bahawa marah dan sedih kita terpancar kepada orang sekeliling.

Sehingga terganggu hubungan dengan ahli keluarga dan kawan rapat.

.

Analogi nya begini:

Kadang kadang kita ada penyakit.

Contohnya kemurungan.

Mungkin penyebabnya lain.

Tapi akhirnya jadi murung.

.

Bila jumpa dua tiga doktor semua tak boleh selesaikan masalah.

Akhirnya kita putus asa dan ‘give up’.

Marah dengan sistem.

.

“Malas nak berubat dah!”

.

Tapi hakikatnya, sakit itu dugaan Tuhan kepada kita.

Kita hendaklah berusaha untuk dapatkan bantuan.

Usaha pun bukanlah sekali sahaja.

Usaha kena berterusan.

Dan dapatkan bantuan dari ahli keluarga untuk support

Insyallah akan bertemu penawar yang sesuai..

.

Semoga anda cepat berubat..

.

Sakit gigi sekali pun.

Jangan sakit Hati dan perasaan.

.

Dapatkan bantuan di klinik psikiatri berdekatan.

Jangan malu jangan segan.

.

Saya bukan DOKTOR GILA.

.

Saya doktor bahagian psikiatri dan kesihatan mental.

Writer: Dr Al Zilal Abd Wahid

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980176508778642/1653043288158624/?type=3&theater

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.