Share Your Thoughts
Confession

Easier said than done

Aku baca komen orang acah2 alim ni geram je.

Ape? Kalau ada didikan agama yang bagus tak akan sakit mental walau ape pun yang dialami masa kecik?

Ko test jadi mangsa penderaan seksual masa ko tak kenal lagi dunia,  dan benda tu menyebabkan ko anggap semua orang adalah pemangsa dan dunia ni adalah tempat untuk survival.

Ko rasa takut dengan manusia,  ko ada trust issue,  ko rasa vulnarable.

Ko tau,  mangsa penderaan seksual kanak2 lebih senang jadi mangsa lagi bila dewasa sebab die lebih vulnarable?!

Ko tau diorang tak salahkan Tuhan,  tapi salahkan diri sendiri sebab begitu lemah. Tak mampu melawan.

Bila ada lagi orang ambik kesempatan,  diorang tertanya apa lagi salah diorang?

Aurat dah jaga. Tapi,  orang nampak jugak die sebagai simbol seks.

Ko tau die menangis berkali2 dalam sujud dalam doa? Mohon dilepaskan dari belengu yang makan diri diorang?

Dan taboo isu ni menyebabkan diorang tak mampu berkongsi.  Simpan sampai jadi racun dalam hati.

Mudahnya kau bercakap. Kalau kau tak mampu ada di sisi die bagi kekuatan,  jangan kau senang2 tuduh orang tak ingat Tuhan.

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply
    Scorpio Girl
    October 23, 2018 at 9:36 pm

    Sy mmg dah btl2 muak dgn org mcm ni. Asal ada kes rogol terus blame mangsa. Kata tak tutup aurat or pakai seksi. The fact ppuan yg tutup semua pun still ada yg kena raba or rogol. Bila kita argue adalah org kata ni nafsu lelaki. Btw, siapa bg hak kat laki utk rogol ppuan? Lantak pi dgn nafsu mrk. And 1 more thing bila ada org attempt suicide, bukannya mrk cuba nak faham knp mrk nak bunuh diri? Percaya lar takde 1 agama pun yg mengajar umatnya utk tamatkan riwayat sendiri. Bila non Muslim bunuh diri, rata2 akan kata org takde agama yg akan bunuh diri. But when Muslim yg bunuh diri terus kata ntah apa prob dia. Kita doa yg baik2 suda. Why double standard? C’mon depression and stress tak kenal umur, jantina or agama. If you can’t help them, better jgn kata apa2 smpi rumitkan keadaan. Yes, easier said than done!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.