Share Your Thoughts
Knowledge Base Societal Pressure / Others

GAGAL?

Ramai orang beranggapan bahawa individu yang cuba mengambil nyawa mereka sendiri sebagai individu yang GAGAL.

.

Gagal dalam kehidupan mereka.

Gagal dalam menyelesaikan masalah mereka.

Gagal dalam mengawal emosi.

Gagal dalam mencegah diri dari mendapat penyakit gangguan emosi.

.

Ada yang berpendapat bahawa selayaknya hidup mereka berakhir begitu.

.

Kerana…. apa lagi yang boleh diharapkan dari seseorang yang tidak mampu mengurus.

Walaupun hanya masalah diri sendiri.

.

Maka, dengan mudah kita melabel mereka.

Sebagai penghuni neraka.

Atau apa sahaja gelaran hina yang selayaknya.

.

Tetapi….

.

Apa yang kita lupa ialah definisi gagal yang kita guna pakai.

.

Kita memberi makna gagal itu dalam konteks kita tidak berhadapan dengan cabaran yang mereka lalui.

.

KITA YANG SEBENARNYA GAGAL.

.

Gagal memahami konteks mereka yang melakukan perbuatan itu.

.

Walhal dalam kontek ini, kita tidak bercakap tentang gagal individu.

Tetapi kegagalan sistem psikologi diakibatkan oleh penyakit.

.

Ia berkaitan dengan kewarasan.

.

Kita membicarakan gagal dalam konteks sihat.

Bukan konteks sakit.

Kerana itu dengan mudah kita membawang.

.

Dalam konteks penyakit mental, masalah dalam hidup bukan prasyarat sakit.

Ada yang sakit tanpa sebab dan ianya melarat sehingga ke arah itu.

.

Jika ditanya pada individu ini pada ketika sihat, tiada seorang pun yang akan memilih jalan itu.

Dan ketika sakit sekalipun, mereka cuba sedaya upaya untuk mengawalnya.

.

Ada yang berjaya dan ada juga yang kurang bernasib baik.

Mungkin sahaja mereka sudah berjaya mengawalnya ratusan kali.

Tetapi yang menjadi perhatian kita, hanya sekali yang gagal itu.

.

Adil?

.

Biar saya beri satu analogi mudah:

.

Kita berusaha sehabis baik untuk berjaya dalam satu ujian. Baca buku…

Buat nota…

Pergi tuisyen…

Aktif dalam kelas…

… dan sebagainya.

.

Pendek kata, memang dah sedia untuk ujian.

.

Sampai hari ujian, kita demam teruk.

Tak larat.

Hasilnya?

Keputusan ke laut.

Kita rasa sedih juga.

.

Tup-tup, orang datang kat kita dan bagi nasihat:

“patutnya awak kena belajar begini begini begitu begitu..”

.

Apa agaknya yang kita rasa?

Mudahkan orang boleh buat kesimpulan?

.

Nah… kita begitu juga ke?

.

Renung renungkan…

Writer: Dr Ahmad Rostam

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980176508778642/1651247071671579/?type=3&theater

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.