Share Your Thoughts
Knowledge Base Societal Pressure / Others

KAU MEMILIH UNTUK KE SINI

Tidak habis-habis emosi durjana ini membuntukan semuanya.

Kau bingung….

kerana hidup kau rasa telah diatur baik

dijalankan dengan sempurna

tetapi tetap begini.

.

Mengapa jiwa-perasaan-emosi ini seperti jentera rosak yang sudah tidak dimahukan lagi tuannya?

Bergeraknya sikit-sikit

serdak-serdak karat makin menebal

dan kau mula paranoia

adakah hidupmu ini tidak berguna lagi selayaknya tukun?

(tukun pun masih berguna jika dicampak ke laut)

.

Yang warak menasihati,

harus jumpa Tuhan dan bercakap denganNya.

.

Yang bijak-pandai mengatakan,

kau harus berfikir dan berfikir dan berfikir

rasional selalunya pemenang mutlak.

.

Yang menyintai akan memujuk,

kau harus sentiasa senyum

dengan senyum itu turun ke hati dan jiwa turut tersenyum.

.

INI SEMUA BENAR!

Sokongan-sokongan begini adalah keperluan manusia.

.

.

Walaubagaimana pun…

.

Kehibaan itu terus menerpa,

entah dari mana datangnya,

mulanya hanya menyapa,

kemudian menepuk-menepuk,

kali ini menyergah bagai genta.

Rasa bersalah dan rasa ingin mati mula menjalar.

Ah.. SUDAH JADI APA INI?

.

Adakah ini fasa spiritual yang dilalui manusia?

atau kesan mistik yang tidak diundang?

Kau bertanya.

.

Barangkali ada unsur-unsur jasad yang boleh dikendalikan.

Barangkali ada unsur genetik dan kimia yang boleh diuruskan.

.

Berbekalkan nasihat-nasihat yang baik,

dan berpaksikan suruhan Tuhan

menyuruh kau berubat dengan yang pakar,

kau memilih untuk ke sini.

Writer: Dr Zul Azlin Razali

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980176508778642/1679947738801512/?type=3&theater

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply
    Unknown
    September 25, 2018 at 1:01 pm

    Kalau diberi pilihan, saya tak kan memilih untuk ke sini :,(

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.