Share Your Thoughts
Depression

Kenapa aku dilahirkan

Kawan² aku semua tahu aku depress . Tapi yg diorang mampu cuma bagi nasihat. Nasihat yg aku tak boleh nak ‘brain’ sama sekali.  Aku tahu solat tu wajib dan tempat kita mengadu KepadaNya tapi… It’s all about mental illnes.. Mental illness bukan org yg tak ada pegangan agama. Kami perlukan sokongan.

Family aku pula. . Diorang langsung tk peduli pasal aku… Mak aku nmpk aku toreh tangan sendiri ..tapi dia cuma tau beleter beleter beleter.. Bukan beleter yg baik² tapi dia kata aku GILA. Aku bukan gila :'( Ya Allah ..

 

Aku toreh sebab aku nk lepaskan sakit hati yg aku pendam dri sekolah rendah, trauma… Aku sedih sangat… Family aku tahu aku duk buat keja bodoh tu tapi diorang lngsung tk cari jalan nk bawak aku dapat rawatan :'(

Kami bukan keluarga yg kaya.. Tpi sekurangnya fahamlah aku..

Depression bukan sedih/tekanan yg berpanjangan. Dia macam kau pergi sekolah gelak2 dengan kawan2 ,bila balik rumah kau rasa kosong.. Tiba je malam kau duk sorang diri dalam bilik kau akn sedih dan murung.

Bila aku jadi semakin teruk aku tak dapat senyum lagi. Kesedihan yg aku sembunyikan tu akhirnya terluah. Malu tak malu belakang kira.

Dalam kelas aku kerap menangis. Aku lebih suka menyendiri.. Aku tak focus.. Kawan2 dgn guru2 jauhkan diri sebab tk nak aku cederakan diri.

Bukan sebab belajar ataupun cinta bodoh tu tapi sebab TRAUMA. aku trauma dengan bnda yg jadi dgn diri aku.

Masa skolah rendah…  Aku kena buli.. Aku balik mngadu kat mak.. Mak aku buat bodo ja. 😢 abh aku lagilah… Dia kata aku cari penyakit.. Lepastu dia tk nak dengar masalah org sebab nk kena fikir macam mana nk uruskan pengajian abang aku dekat uitm yg tengah sesak nak pakai duit nak makan pon tk ada.

Aku rasa terabai.

Aku membebankan.

Kenapa aku dilahirkan..

Aku anak tak guna.

100% Useless.

Bodoh

No talent..

Semualah!

Ada kakak pon tak guna!  Umur dah 19 tapi perangai macam budak bodoh tak matang!  Melawan cakap mak abah dan lebih sayangkan boyfriend yg ntah apa2 dia tu!

Thought aku pula. . . Aku buat..

Aku hentak kepala dekat dinding smpai bengkak pening.. Aku toreh tangan dengan jarum.. Ada satu masa aku pegang pisau tapi aku tak buat sebab aku tak nak! Aku takut aku akan mati dalam dosa!  Biarlah aku seksa diri aku ni… Sebab seksaan aku cuma sementara.. Aku tk dapat kawal apa yg aku buat..  Tpi aku gembira bila ia berakhir walaupun sekejap kemudian berulang lagi..

Aku selalu bayangkan aku langgar kereta.. Bawak moto laju² .. Kelar tangan.. Panic attack dalam kelas… Hentak kepala dekat dinding dan pintu kelas… Tapi aku cuba kawal walaupun aku akan buat suatu hari nanti..

Mak.. Abah..

Tolonglah faham….. :'(

You Might Also Like

1 Comment

  • Reply
    Anonymous
    November 22, 2018 at 3:22 pm

    I know how you feel syg. As long you still know yg you hentakkan kpala,toreh diri sndiri,dan cederakan diri dgn sengaja tu dah cukup meyakinkan sy yg awk xgila. Sy tau awk cume perlukan perhatian…
    Sy tau awk cuma mau hilangkan tekanan…. Sy faham susah utk awk kawal bende ni berseorangan… Apa kata setiap kali awk depression awk terus buat aktiviti yg awk suka….buat buat busy…cipta satu hobi yg boleh buat awk leka dan fokus.. Smpaila awk lupe yg awk tgah depression…cuba ye.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.