Share Your Thoughts
Stress

Mrs.

Saya seorang ibu yg sedang sarat mengandung anak ketiga. Tak lama lagi nak due date bersalin.

Saya baru sahaja ditamatkan kontrak bekerja di sektor kerajaan kerana bakal bersalin. Suami saya juga bekerja kontrak dengan salah satu agensi kerajaan. Anak sulung saya bersekolah rendah dan bakal masuk ke tahun 2 tahun depan. Dan anak kedua saya berumur hampir 2 tahun.

Masalah saya ialah suami saya suka ponteng kerja, kadang2 hingga berminggu2 lamanya, jadi pekerjaan dia di tahap membimbangkan, pegawai di pejabatnya mempersoalkan keseriusan dan komitmen dia utk terus bekerja. Saya risau kerana masa sudah suntuk, saya dah nak bersalin, dan secara jujurnya kami tiada simpanan langsung sbg persediaan saya bersalin dan berpantang.

Dah macam2 saya nasihat dan buat untuk pujuk suami supaya jaga kerja dia. Setiap pagi saya kejutkan dia hampir 10 kali utk bangun bersiap ke kerja, sampai satu tahap dia mengamuk dgn saya. Dia lebih pentingkan tidur dari tanggungjawabnya. Saya jadi tertekan, setiap hari berulang perkara yg sama. Setiap malam dia akan tidur lewat, main game mobile legend, tengok YouTube. Setiap malam juga saya pesan tidur awal, supaya cukup rehat utk bangun pergi ke kerja esoknya.

Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi, sebelum ni saya yg sarat mengandung juga bekerja hari2, sedangkan dia memonteng duduk di rumah dan bermain game mobile legend sepanjang hari. Rumah pun dibiarkan bersepah, pinggan mangkuk sesudah makan pun dibiarkan begitu saja. Saya bekerja jauh di putrajaya dan menetap di Cheras. Sampai rumah dah malam, terus memasak dan mengemas. Setiap kali nak balik rumah saya jadi murung, stress dan tak gembira.

Saya tak dapat nak luahkan tekanan perasaan ni kpd sesiapa pun, termasuk ahli keluarga dan kawan-kawan saya. Saya bimbang akan jadi isu besar sekiranya keluarga terlibat dalam masalah saya ni. Sedangkan dalam masa yg sama, saya dah tak mampu nak tampung dan himpun sorang2.

Lately ni suami saya dah develop satu habit baru iaitu minum arak. Saya tegah, saya nasihat semua tak jalan. Dia sanggup tipu utk cover yg dia minum arak. Katanya, dia akan berhenti minum arak secepat mungkin, sebab habit ini hanya sementara. Tapi sehingga kini, masih lagi minum, walaupun di tangan hanya ada rm5 dan beras di dapur pun dah habis, dia sanggup utamakan nafsu dia berbanding adakan beras utk org dirumah. Saya sangat2 terkilan. Gaji saya pun dimintanya. Dan bila saya ajak solat, liat sangat2. Saya jahil, saya juga tak sempurna, tapi saya betul2 nak berubah, saya mahukan rumahtangga yg berpaksikan agama. Bila saya dengar surah alquran, saya dikatakan tunjuk baik. Saya sedih, saya buntu, saya tertekan hingga ke satu tahap saya sering berfikir utk membunuh diri sbg penamat masalah saya, tapi bila saya dah tiada, bagaimana pula dgn nasib anak2 saya.

Akhirnya saya pilih utk simpan dan terus simpan segala masalah saya. Menangis dan teruskan hidup seperti biasa. Dan teruskan tersenyum di hadapan semua orang sedangkan di dalamnya berkecamuk dan menangis. Saya tawakal pada Allah, moga suami diberi kesedaran dan segala yg perit berakhir tak lama lagi.

Sekian.

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.