Share Your Thoughts
Knowledge Base Suicide

PERLU SERIUS TENTANG KESERIUSAN BUNUH DIRI

Bunuh diri bukan lagi perkara yang sedikit-sedikit. Atau jarang-jarang. Apatah lagi kadang-kadang. Laporan WHO tahun lalu mendapati 800 000 kematian akibat bunuh diri telah berlaku. Maknanya setiap 40 saat, ada seorang insan yang berakhir hidupnya dengan jalan bunuh diri.

Maknanya lagi, sedang anda membaca tulisan ini ada satu nyawa di luar sana yang tamat dengan cara yang menyayat hati ini. Kajian WHO juga mendapati bahawa hampir 80% kejadian bunuh diri berlaku di negara-negara low and middle-income.

Ya, negara seperti Malaysia kita ini. Kejadian bunuh diri yang semakin hari semakin kerap dilaporkan di negara kita sendiri adalah bukti laporan WHO ini tidak bergurau.

Kemurungan, penyakit bipolar, dan skizofrenia – kesemuanya adalah penyakit mental serius – adalah faktor pendorong utama untuk seseorang membunuh diri. Di Amerika, 50% kes bunuh diri adalah akibat kemurungan. Di kalangan pesakit bipolar pula, kadar bunuh diri menjangkau sehingga 30kali ganda berbanding masyarakat am. Di kalangan pesakit skizofrenia, 10% meninggal dunia kerana bunuh diri.

Ayuh semua, kita sama-sama peka terhadap mereka di sekeliling kita dan sama-sama membantu mereka yang sedang dalam kekalutan agar bersemangat semula untuk meneruskan kehidupan.

Berikut dikongsikan penilaian SADPERSONS Scale terutama untuk kegunaan para petugas kesihatan dan para sukarelawan di mana jua anda bertugas untuk membantu anda menilai tahap keseriusan kecenderungan bunuh diri dalam diri seseorang dan tindakan seterusnya.

SAD PERSONS scale
S – Sex: 1 if male; 0 if female; (more females attempt, more males succeed)
A – Age: 1 if < 20 or > 44
D – Depression: 1 if depression is present
P – Previous attempt: 1 if present
E –Ethanol abuse: 1 if present
R – Rational thinking loss: 1 if present
S – Social Supports Lacking: 1 if present
O – Organized Plan: 1 if plan is made and lethal
N – No Spouse: 1 if divorced, widowed, separated, or single
S – Sickness: 1 if chronic, debilitating, and severe

Guidelines for action with the SAD PERSONS scale
Total points and Proposed clinical action
0 to 2 – Send home with follow-up
3 to 4 – Close follow-up; consider hospitalization
5 to 6 – Strongly consider hospitalization, depending on confidence in the follow-up arrangement
7 to 10 – Hospitalize or commit

Sumber: >World Health Statistics 2017, WHO >Clinical Practice Guidelines Management of Bipolar Disorder in Adults, 2014 >Patterson et al, 1983

Writer: Dr Siti Hazrah Selamat Din

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980229198773373/1666486996814253/?type=3&theater

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.