Share Your Thoughts
Knowledge Base Societal Pressure / Others

PERNAHKAH ANDA MENGERTI

Kenapa berfikir atau bertindak untuk bunuh diri?

Masyarakat kita sangat tangkas dan pantas

menjatuhkan hukuman serta menghukum mereka yang cuba bertindak untuk bunuh diri

atau yang telah tiada akibat bunuh diri.

.

Namun sejauh manakah kita sebagai netizen serta masyarakat yang maju

cuba untuk cakna tentang bunuh diri?

.

Mengapa?

.

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri,

apakah tanggungjawab kita untuk menghalang perkara ini daripada terus berlaku?

.

Apa yang kita boleh bantu?

.

Di sini saya senaraikan ‘beberapa’ sebab seseorang itu berfikir atau bertindak untuk bunuh diri:

.

  1. Mempunyai kemurungan yang serius.
  2. Dipengaruhi oleh simtom psikotik.
  3. Dipengaruhi oleh penyalahgunaan dadah termasuklah alcohol.
  4. Kehilangan seseorang atau sesuatu yang berharga.
  5. Berasa sunyi serta keseorangan (walaupun sebenarnya mempunyai ahli keluarga/ sahabat handai).
  6. Pernah mencuba untuk bertindak bunuh diri.
  7. Mempunyai penyakit kronik serta tidak sembuh seperti kanser.
  8. Berasa berputus asa. Percaya keadaan tidak akan bertambah baik.
  9. Berfikir tiada lagi jalan keluar daripada masalah yang bertimpa- timpa.
  10. Masalah kewangan yang serius.
  11. Berasa bahawa pertolongan yang diperlukan tidak akan tiba.
  12. Berasa tiada sesiapa yang dapat memahami serta menerima diri.
  13. Berasa diri tidak berguna. Terasing dan hina.
  14. Cuba untuk berkongsi cerita dengan keluarga atau teman rapat. Sebaliknya dipandang remeh.
  15. Dalam perhubungan yang ‘abusive’ (seperti didera oleh suami).
  16. Mempunyai kehidupan yang trauma semasa kecil seperti didera secara fizikal serta seksual.
  17. Mempunyai ahli keluarga atau teman rapat yang pernah bertindak untuk bunuh diri.

.

Ini hanya picisan daripada gambaran besar kenapa fikiran dan perbuatan bunuh diri itu berlaku.

Selebihnya? Tugas kita bersama untuk sama sama menyelaminya.

.

Ingat, tindakan semudah sudi mendengar luahan dan masalah seseorang mampu membantu dalam usaha mencegah bunuh diri.

.

Bersama mencegah bunuh diri.

Writer: Dr Nurul Nadia Ismail

Source: https://web.facebook.com/lamanmindaofficial/photos/a.980176508778642/1702792069850412/?type=3&theater

 

You Might Also Like

No Comments

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.